Friday, 27 March 2015

Murabbi Ummah, perjalanan hidupmu sangat terkesan dihati ini.. Salinan dari Dalam sinar 27 Mac 2015

Supaya tak hilang, saya copy and paste disini...

Perjuangan hidupnya demi Allah dan Rasul.

PEMERGIAN Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis, 12 Februari (23 Rabiulakhir 1436 Hijrah) ibarat seperti kapal ketiadaan nakhoda hanyut dibawa arus lautan. Kehilangannya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang saat ini memerlukan ulama sepertinya untuk memimpin kehidupan mereka. 

Ramai menangisi pemergiannya. Bukan sahaja umat Islam di Malaysia, bahkan seluruh dunia Islam mengenali Tok Guru dan kepimpinannya.

Kolum wawancara Majalah I bulan ini mengupas mengenai kehidupan Allahyarham secara dekat. Penulis berkesempatan menemui anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang membesar bersama Allahyarham.

Ceritakan pengalaman ustaz bersama Allahyarham?

Saya adalah anak saudara kepada Allahyarham kerana adik kepada Tok Guru adalah mak saya iaitu Nik Khadijah Nik Mat. Allahyarham memiliki lima adik-beradik bermula dengan Nik Zainab, Nik Abdul Aziz, Nik Khadijah, Nik Azizah dan terakhir Nik Rozi. Jadi mak saya adalah anak ketiga selepas Allahyarham.

Setelah kematian ayah ketika saya berusia 8 tahun, Allahyarham meminta supaya saya tinggal di rumahnya dan belajar di Maahad Darul Anuar (Mada), Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Waktu itu saya berusia 11 tahun.

Di Pulau Melaka, saya tinggal di rumahnya. Pada masa itu ada dua anak saudara tinggal bersama Allahyarham. Satu daripadanya saya dan seorang lagi sepupu iaitu Nik Zabidah.

Rapatnya saya dengan Allahyarham, apabila ke mana-mana sahaja beliau pergi berceramah, saya akan ikut walaupun di luar negeri kecuali Allahyarham tidak benarkan saya pergi jika esok paginya ada kelas kerana beliau risau pembelajaran saya terabai.

Setiap Jumaat wajib pada saya dan anak-anaknya pergi ke dewan zon untuk belajar. Pada malam Khamis, kami belajar Kitab Muizzah, manakala malam Jumaat, belajar Kitab Sirah bersamanya.

Kadang kala ada ketikanya curi-curi pergi ke tempat kuliah Tok Guru walaupun Allahyarham tidak benarkan saya pergi. Pada hari minggu pula, saya menemani isterinya ke pasar untuk membawa barang yang dibeli. Allahyarham hanya menungg di dalam kereta. Ini kerana jika beliau yang pergi ke pasar, beliau akan peroleh banyak barang percuma.

Semua itu berlaku sebelum kemenangan beliau dalam tahun 1987-88. Selepas beliau menang pilihan raya, Allahyarham banyak terikat dengan protokol. Dari situ saya sukar mengikuti beliau.

Walau bagaimana ketat sekalipun kawalan keselamatan, saya masih sempat mengikutinya ke kuliah sehinggalah menyambung pelajaran saya di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa Kelantan.

Apabila saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan syariah dan undang-undang, Allahyarham masih menghubungi saya dan meminta supaya saya dapatkan biasiswa dari negeri Kelantan walaupun saya anak jati Pahang. Allahyarham banyak
menolong dan memberikan bantuan kepada saya.

Allahyarham anggap saya seperti anaknya. Apabila saya balik kampung, beliau sentiasa menghantar saya ke stesen bas dan bila saya sampai ke Kelantan, beliau ambil saya di stesen bas. 

 Apa pandangan Ustaz mengenai Allahyarham sebagai ayah, tenaga pengajar, penceramah, suami, dan pemimpin masyarakat?

Saya melihat cara hidupnya betul-betul mengikut sunnah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hubungannya dengan ibu beliau, Aminah Majid. Setiap kali balik daripada menyampaikan kuliah atau ceramah, Allahyarham akan melihat ibunya terlebih dahulu. Dan bila lihat ibunya tidur dan berada dalam keadaan sihat, barulah Allahyarham berjumpa dengan orang lain. Ibunya memang tinggal dengan beliau.

Pernah sekali selepas Allahyarham menang pilihan raya dan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, ibunya tidak mahu tinggal di rumahnya lagi.

Dia mengemas barang dan beliau bertanya kepada ibunya: "Buat pa mek mengemas barang." Ibunya menjawab: "Mek mahu duk Pahang, balik kampung." Nik Aziz bertanya kembali: "Kenapa?." Ibunya menjawab: "Zid dah jadi Menteri Besar, Zid akan duduk di rumah Menteri Besar".

Selepas sahaja Allahyarham mendengar jawapan daripada ibunya itu, beliau terus menitiskan air mata dan memberitahu kepada ibunya, beliau tidak akan mendiami rumah Menteri Besar, beliau akan tinggal di rumah ini seperti biasa. Mendengar jawapan daripada Allahyarham, ibunya tidak jadi pindah dan terus menginap bersamanya. Kejadian itu pada 1990. Mek Allahyarham adalah antara orang yang rajin membaca al-Quran dan dia khatam al-Quran tiga hari sekali di penghujung usianya.

Saya lihat betapa Allahyarham betul-betul menjaga sunnah Rasulullah SAW seperti tahajud malam.

Saya masih ingat lagi setiap jam 4 pagi, Allahyarham akan bangun dan bawa termosnya lalu pergi ke bilik air untuk mandi. Balik macam mana lewat sekalipun, Allahyarham pasti menjaga solat tahajudnya itu.

Allahyarham ada berkata: "Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah daripada ALLAH. ALLAH kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita supaya bangun beribadah kepada ALLAH. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada ALLAH. Kemudian tidurlah.

"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Satu lagi adalah sifat dermawan yang ada padanya. Masuk satu Ramadan sahaja sejak saya kecil lagi sampai penghujung akhir hayatnya, ramai yang meminta derma kepadanya.

Dan tidak ada orang yang minta derma kepadanya pulang dengan tangan kosong. Pasti Allahyarham akan menderma walau tidak banyak jumlahnya.

 Apa kenangan manis yang Ustaz tidak lupakan sepanjang bersama Allahyarham?

Kenangan saya bersama dengan Allahyarham ada banyak dan yang masih segar dalam ingatan adalah ketika bermusafir dengannya dari Pahang ke Kelantan, kenangan ketika pergi ke setiap kuliah dan ceramahnya dan banyak lagi.

Apa yang paling seronok dalam hidup saya apabila dapat duduk bersama dengannya dalam kenderaan.

Saya melihat Allahyarham adalah seorang yang sangat rendah diri (humble), tidak banyak bercakap dalam kenderaan, duduk dengan zikir dan membaca al-Quran. Adakalanya dia mendengar kuliah daripada ceramahnya dan beliau pasangkannya dalam kereta.

Perjalanan dari Kelantan ke Pahang jauh, kami akan berhenti di mana sahaja kedai makan tanpa memilih kedai. Kedai tepi jalan pun Allahyarham tidak ada masalah untuk menjadi pelanggan di kedai berkenaan.

* Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai murabbi ummah ini, dapatkan Majalah I edisi 150 keluaran April 2015 di tempat anda!

Tuesday, 24 March 2015

2015, Mac pun dah pengujung... Begitu cepat masa berlalu.

Alhamdulillah, masih  diberi usia untuk terus bernafas... Tahun ni nak jual apa? Tahun lepas sampai hari ini masih menjual Aloevera dan saya mengamalkan minum aloevera untuk terus menikmati kesegaran dan kesihatan yang maksimum. Syukur Allah mengizinkan kesihatan itu.

Muhammad Ali Aisar dah berusia 6 bulan, semakin cergas dan cerdas. Nampaknya tak dapat la nak bentang kain kat lantai buat masa ni, belum buat kira-kira dia dah duduk atas kain. Puas memikirkan apa yang boleh saya jahit tanpa perlu bentang kain atas lantai, Allah beri ilham dalam doa saya, syukur padamu ya Allah, buat tote beg dari kain belacu, orang puteh panggil Calico Tote Bag, mudah dan cepat siap, ha ha... saya nak buat macam ni...

 
Tapi saya tak buat consultation untuk design and printing, belum termampu dengan kekangan masa, hanya jahit beg sahaja. Boleh tempah mengikut kuantiti Dozen untuk harga yang lebih murah. Saya mengunakan tali beg nylon readymade, yang mana terdapat pelbagai warna dan boleh disesuaikan dengan tema printing anda. Macam ni:
 
 
Harga dan saiz akan saya pos pada entri seterusnya...
 

Tuesday, 15 April 2014

Gandingan Aloevera dan Arctic-Sea forever Living memang mantop!


AFL
Gel/Jus Aloevera Forever Living
Jus/Gel Aloevera Forever Living yang ada dalam pasaran Malaysia adalah Aloe Berry Nectar, Bits N Peaches dan Original Flavour. Aloe Berry Nectar sangat mendapat tempat dari para pelanggan! Kebaikan aloevera saya dah cerita pada entry yang sebelum ini..(intai2 dan leh baca ya!). Kali ini saya nak kongsi cerita kebaikan dari gandingan mengamalkan Aloevera jus ini bersama Arctic Sea.
Customer tanya kat saya bila ada sembelit, nak amalkan produk yang mana? saya akan cadangkan Aloevera dan Arctic Sea, Masalah kulit, Resdung, Sakit Lutut, Gauot, Nak Kurus, masalah kesihatan lain seperti selalu demam, badan sejuk2 ajer, letih lesu, kurang bertenaga, minda kurang pick up, masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai lagi masalah kesihatan, saya tetap cadangkan ambil 2 produk ini. Alhamdulillah dah berpuluh botol terjual ni, nampaknya customer sangat berpuas hati dan berhasil.
Kenapa perlu gandingan Alovera dan Artic - Sea? Aloevera berfungsi sebagai detox, dengan mengamalkannya pembuangan air besar anda lebih sempurna dan mengurangkan daya serap toksin ke badan. Ianya juga membekalkan mineral penting untuk badan kita dan menyembuhkan luka dalaman dan memperbaiki sistem dalaman pada organ-organ tubuh. Arctic Sea (Minyak ikan) Omega 3, mengandungi EPA dan DHA baik untuk jantung, otak, sendi dan tulang menjadikan perjalanan darah kita sempurna. Jenama ini juga berbeza dengan minyak ikan yang lain kerana ianya mengandungi minyak zaitun, ermm makanan sunnah tu. Baguskan! Sebab tu kita akan rasa lebih sihat selepas mengamalkan kedua produk ini.

Ish, senang cerita la kan jom kita sembang kat 013-2522852 untuk dapatkan harga paling istimewa untuk anda jika anda membelinya dari saya...Jom Sihat, Cantik dan Cergas bersama Aloevera dan Arctic Sea (minyak ikan omega 3). Jom amalkan, jika kita tak cuba kita tak tak dapat merasai kebaikannya 
Doa saya dalam solat, semoga semua para pelanggan yang mengamalkan produk Forever Living ni, bila dah rasa lebih sihat dan sembuh dari sakit, beribadahlah kita kepada Allah dengan lebih sempurna dan tingkatkan lagi ibadah kita, supaya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan ini membawa kita ke syurga nanti, Insya Allah.

Omega 3; Olive Oil
Super Omega 3 Natural Fish Oil with Olive Oil.

Kedua produk ini juga sangat baik untuk ibu mengandung, ianya boleh membantu mengurangkan alahan (morning sickness) membekalkan tenaga supaya ibu mengandung lebih sihat dan cergas. Jom ibu2 comel amalkan 2 produk ini.. WhatsApp saya yer...COD @ Sri Petaling, Putrajaya dan Bangi.





Thursday, 20 March 2014

Kebaikan Aloe Vera Forever Living

Set Aloe Berry Nectar


NUTRISI BAIK = KULIT CANTIK
Adakah anda bimbang kelihatan lebih tua berbanding umur anda? Dengan penuaan, sel kulit membahagi dengan lebih lambat, dan lapisan dalam kulit (dermis) mula menipis. Rangkaian elastin dan serabut kolagen yang menyokong lapisan luar kulit menjadi kurang padat, menyebabkan kedut dan garisan halus mula kelihatan. (Elastin membolehkan kulit anda meregang, dan kolagen berfungsi sebagai simen untuk memberi struktur dan kekuatan kulit). Penuaan menyebabkan kulit kehilangan keanjalan, kurang mampu mengekalkan kelembapan, kelenjar minyak kurang efisien dan kulit lambat sembuh.
Untuk memiliki kulit yang benar-benar sihat dari dalam, anda mestilah memikirkan apa yang anda makan.

Makanlah Lemak yang Baik
Asid lemak perlu, didapati dalam ikan berminyak, kekacang, dan bijirin membantu kulit kelihatan licin dan lembut. Beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak perlu boleh membantu masalah kulit seperti ekzema. Ia juga boleh membantu mengurangkan keradangan kulit.
Cadangan suplemen: Forever Arctic-Sea adalah campuran semulajadi Omega-3 dari minyak ikan dan Omega-9 dari minyak zaitun yang menyediakan keseimbangan lemak yang baik. Ia mengandungi asid lemak perlu, EPA, DHA dan ditambah dengan vitamin E untuk memastikan kesegaran minyak ikan dan minyak zaitun. Selain ia berguna untuk kulit yang kering dan mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, ia adalah makanan tambahan yang baik untuk kulit.


Pastikan Bersih dengan Serabut
Serabut membantu meransang pergerakan usus besar yang membantu dalam penyahtoksikan. Kulit yang sihat datangnya dari sistem pencernaan yang sihat.

Cadangan suplemen: Aloe Vera Gel mengandungi saponin, agen pembersih yang membersihkan sistem pencernaan, manakala serat larut dan tidak larut air meransang pergerakan usus besar dan mengumuhkan bahan-bahan toksik.


Forever Living Aloevera
Set Aloe Bits n Peach

Alovera Forever Living ni dah ada dalam pasaran sejak 30 tahun yang lalu, kira² umur saya 4 tahun masa tu aloevera ni orang dah minum.  Produk ini sangat berkualiti dan terbukti berkesan kepada penngguna yang mengamalkannya.





Aloe Vera Forever Living


Aloevera, forever living
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca, saya adalah wakil pengedar Forever Living Products untuk C.O.D Putrajaya, Bangi dan Sri Petaling.

Aloe Vera ini adalah dari jenis yang terbaik (Barbadensis Miller) mengandungi sumber-sumber semulajadi yang terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama suami/isteri dan anak-anak pada satu botol Aloevera. Produk ini telah berada dipasaran selama 35 tahun yang lalu dan dijual seantero dunia, ia menembusi  155 negara. Hubungi saya untuk cadangan pengambilan bagi mengatasi masalah kesihatan yang anda alami.
Aloe Vera telah terbukti dalam membantu kita menjadi lebih sihat dan cantik. Bukan setakat mengurangkan sakit ia juga memberi kesan yang baik terhadap kehidupan anda. Jom ber aloe vera! Untuk yang masih mencari peluang mencari peluang berniaga bermulalah dengan aloe vera, Jom jangan terlewat untuk sihat, cantik dan bahagia FULUS!!
Jom sms/call/whatsApp laju2 untuk produk terbaik dan terlaris di pasaran.
013 - 252 2852


Friday, 7 March 2014

Bermulanya perjalanan bersama Aloevera (AFL) dipermulaan Tahun 2014

Alhamdulillah permulaan Tahun 2014 ini, dibuka dengan berita gembira walaupun ada sedikit ujian yang Allah bagi. Madah para ilmuan bijak pandai, Allah bagi sedikit ujian sebelum dia bagi Nikmat pada kita, Dia nak uji kita redha dan sabar tak dengan ujian tersebut.
Inilah permulaan yang saya rasa hari-hari yang saya lalui lebih bermakna. Saya mula mengamalkan munuman kesihatan Aloevera Forever Living. Okeh, saya intro sahaja dulu, babak seterusnya saaya akan sambung lagi selepas iklan.he..he nampak suspender ajer kan. tunggu..

Friday, 6 December 2013

Berblog, berdiari dan bercerita..

Bila ber "blog walking" rasa nak berkarangan juga...tu la manusia, nampak orang buat itu, kita pun nak juga..tapi yang risaunyer buat 1 ke 2 entri pastu senyap, bersawang berbulan bulan... ermm kena kuat semangat ni Ratna! Sebenarnya bagus menulis ni, kita boleh share pengalaman kita dengan kawan² di alam maya. Boleh jadikan semangat, panduan, pedoman, harapan, sempadan ermmm macam macam la boleh.. kalau buat entry citer kelakor boleh la gelak besor depan screen nih. Nak mula dari mana yer.. nak mula cerita dari kampung halaman sendiri.. kampung yang dah lama ditinggalkan. Nak kena balik kampung dulu, amik gambo umah tu sebagai pemula cerita.... Bila tu nak balik? Insya Allah dalam masa terdekat ni..



Senyum
Nak ingatkan pada diri sendiri, supaya tak tulis entri yang bersungut-sungut, nanti menghasilkan air liur yang beracun. Petikan ni saya snap dari buku SENYUM yang ditulis oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Tulis perkara yang tak mengaibkan orang lain, tanpa sindir menyindir. Beringat, esok lusa bila anak-anak baca blog ibu ada perkara yang baik akan terkesan disudut hati mereka.