Saya rasa teman-teman di luar sana pun pernah mengalami situasi yang sama seperti saya,berfikir dan berfikir untuk buat jualan amal, tapi nak jual apa yer? Idea datang mencurah2, bila disenarai pendek banyak kekangan yang tak dapat nak dilaksanakan, akhirnya Allah bagi ilham yang sangat baik dan sikit sahaja kekangan nak diharungi. Alhamdulillah saya buat beg uncang dengan cetakan kata2 pesanan yang baik, kata2 motivasi dan ucapan.
Hari2 mengadap mesin jahit kesayangan tu, dapat ilham untuk buat jualan dan memberi sebahagian dari keuntungan kepada insan2 yang memerluan bantuan. Saya ambil sebahagian beg yang dah siap dan cetak. Beg uncang bukan sekadar cenderahati kenduri, majlis farewell atau reunion. Banyak manfaat dunia akhirat dengan beg uncang ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Saiz beg 7' x 9' |
Pesan Bonda |
Beg kosong murah |