Nak ingatkan pada diri sendiri, supaya tak tulis entri yang bersungut-sungut, nanti menghasilkan air liur yang beracun. Petikan ni saya snap dari buku SENYUM yang ditulis oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Tulis perkara yang tak mengaibkan orang lain, tanpa sindir menyindir. Beringat, esok lusa bila anak-anak baca blog ibu ada perkara yang baik akan terkesan disudut hati mereka.
Saya menjual hasil jahitan seperti kain basahan moden, baju melayu kanak-kanak, seluar cotton kanak-kanak, seluar batik, beg cotton dan lain-lain jahitan juga. Saya juga pengguna produk Aloevera Forever Living dan Amway. Untuk maklumat lanjut sila hubungi sms/call/WhatsApp 013 - 252 2852 atau boleh emel kepada yumnayumnicollection@gmail.com
Friday, 6 December 2013
Berblog, berdiari dan bercerita..
Bila ber "blog walking" rasa nak berkarangan juga...tu la manusia, nampak orang buat itu, kita pun nak juga..tapi yang risaunyer buat 1 ke 2 entri pastu senyap, bersawang berbulan bulan... ermm kena kuat semangat ni Ratna! Sebenarnya bagus menulis ni, kita boleh share pengalaman kita dengan kawan² di alam maya. Boleh jadikan semangat, panduan, pedoman, harapan, sempadan ermmm macam macam la boleh.. kalau buat entry citer kelakor boleh la gelak besor depan screen nih. Nak mula dari mana yer.. nak mula cerita dari kampung halaman sendiri.. kampung yang dah lama ditinggalkan. Nak kena balik kampung dulu, amik gambo umah tu sebagai pemula cerita.... Bila tu nak balik? Insya Allah dalam masa terdekat ni..
Monday, 21 October 2013
Bobbin Storage Box
Bobbin Storage Box, Type A.
Hari ni saya nak jual bekas simpan bobbin (dalam bahasa melayu alat penggulung benang) yang cantik dan kemas, boleh menyimpan sebanyak 25 biji. Harga RM 14.90 termasuk harga pos. Jika tuan/puan berada dalam kawasan Putrajaya boleh hubungi saya di 013 - 252 2852 untuk ambil sendiri atau saya tolong hantar, saya bagi harga RM 9.90 Sahaja.
Bobbin Storage Box, Type B.
Untuk Type B pun sama, yang ini jimat ruang. 1 reruang boleh letak 4 bobbin, 1 kotak ni boleh simpan 60 biji. Boleh digantung pula. Bobbin saya tak jual yer. Saya jual kotak sahaja. tapi jika ramai yang nak saya carikan bobbin, nanti saya usahakan.
Ok, jumpa di lain siri jualan seterusnya. Assalamualaikum w.b.t.
Thursday, 13 June 2013
Baju Kurung dan Baju Melayu Kanak-Kanak 2013
Hi semua, dah ada baju raya anak ke? Little Sew-Arc ada koleksi baju raya 2013 baru jer siap jahit...bukan taun lepas punya yer..panas-panas lagi..(baru lepas iron mamang ler panas).
Baju Kurung Baby 2013
Harga Promosi RM 45.00
Saiz : Umur 4 Bulan - 9 Bulan
Material : Pure English Cotton
Design : Benang Kontra, Baju Purple, Benang Pink.
Detail size (inch):
Labuh Baju : 16
Badan : 8.5
Lengan : 8
Pinggang : 15
Labuh Kain : 16
Exclusive by Little Sew-Arc
Baju Kurung Kanak-Kanak
Harga Promosi RM 50.00
Saiz : Umur 18 Bulan - 2 Tahun
Material : Pure English Cotton
Design : Baju kurung berkain pelikat.
Detail size (inch):
Labuh Baju : 20
Badan : 10
Lengan : 12
Pinggang : 16.5
Labuh Kain : 20
Baju Melayu Baby 2013
Harga Promosi RM 50.00
Saiz : Umur 18 Bulan - 2 Tahun
Material : Pure English Cotton
Design : Baju kurung berkain pelikat.
Detail size (inch):
Labuh Baju : 14.5
Badan : 8.5
Lengan : 8
Pinggang : 15
Labuh Seluar : 16
Baju melayu teluk belanga baby
Match Fabric Pattern.
Seluar Fabrik design kereta, baju kaler oren, errmmm cute sangat!! tak percaya beli bagi anak pakai.
Selamat membeli ya.Boleh hubungi saya di yumnayumnicollection@gmail.com
atau hubungi saya di 013-2522852.
Wednesday, 29 May 2013
Label "Little Sew-Arc" dah sampai semalam...
Alhamdulillah, label yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai dengan selamatnya ke rumah..(terima kasih kat tokeh label dan pos laju..memang laju servisnyer)
Lepas ni nak tampal kat kids cotton pant yang dah siap tu...
Tuesday, 14 May 2013
Ini kucinglah...
Kucing ni jelma dari tingkap depan mesin jahit aku dok merempit dinihari sementara menunggu azan subuh, layan radio IKIM, memang masa terbaiklah...Alhamdulillah nikmat masa dunia. memang aku akan terkejut punya bila suddenly curtain bergerak² then keluar la muka mahluk ni..tak pun dia hentam terjun jer kat tepi meja jahit tu... dia ni pandai, bila dah makan kenyang dia balik terus..kalu tak cukup kenyang dia mesti tunggu jer kat dapur tu....
Cotton pants ni kalu dibuat dengan baju nampak cantik kan...ermm saper yang nak jahit baju tu?? I nak jahit seluar jer...
Teka dimana ni? Nilah view dari menara dari taman Wetland Putrajaya. Dah bertahun-tahun dok kat Putrajaya, baru ni jer sampai kat situ...syok jugak berangin jer...
Tuesday, 7 May 2013
Lagi design fabric seluar 3/4 kanak-kanak
Ini antara corak baru yang telah saya siapkan dan dibuka untuk jualan...
Material India cotton, kata promoter kedai masa beli kain tu.
Material, Japanese Cotton
Material, English Cotton
Material English Cotton (Saiz baby 3-6 bulan) kecik ajer saiznyer.
Material, Japanese Cotton
Material, English Cotton
Material, English Cotton
Material, English Cotton
Friday, 3 May 2013
Three Quarter (3/4) Cotton Pants for kids
Suka tak tengok anak comel pakai suar 3/4 ngan t-shirt? Saya pun suka.. dah bagi anak pakai dah pun... macam dalam gambo nih.
Cotton Pant corak kereta.
Ni satu corak lagi...kotak-kotak santai, ni nunggu bot nak tengok hutan bakau..
alamak gambo tak berapa nak ready la pulok..
oklah ni saya tunjuk beberapa koleksi yang telah selamat dijual...
No corak kereta yang anak saya pakai, material high quality japanese cotton, kainya lembut sesuai untuk baby actually...
Strip pattern
Strip pattern 2
yang ni pun sama, japanese cotton gambaq kucen.
Kotak-kotak...
Gambar bas base merah ni tempahan dari kawan versi mak dan anak..comei, material high quality english cotton.
High quality english cotton corak a,b,c... yang ni ada kain kaler biru dan hijau epal pada saya..sape nak tempah versi anak ngan mak ke, adik dan kakak ke..emel/msg/hello² yer.
Three Quarter (3/4) Cotton Pants for kids from high quality english cotton.
Ha, macam ni, versi adik dan kakak..cantik bila dipakai dengan plain tshirt...
Monday, 8 April 2013
Bila kawan terfikir tentang kita...
Awal bulan april lepas saya attended 1 short course, ni lah salah satu hasil dari aktiviti masa dalam kelas.. Kawan saya lukis pic mesin jahit, saya suka sangat² antara harta yang saya sayang... thanks Izzah!!
Sunday, 24 March 2013
Seluar Kanak kanak English Cotton
Seluar kanak kanak kain english cotton
Saya dah beli kain ni 2-3 bulan yang lepas, baru lah ni dapat siapkan seluar-seluar comei nih....
Ni yang saiz 3/4...dah sold out... Nanti boleh gi angkat kain laie....
Sunday, 17 March 2013
Why Monday?
Isnin, hari pertama setiap minggu, ada orang suka panggil 'monday blues' or ada orang suka 'EL" pada hari tersebut. Tak percaya? cuba kawan² buat servey sikit kat opis tu.... Betui kan... Saya sendiri pun selalu dibisik oleh syaitoonnn huduh perangai tu supaya tak payayah keja la senin, rehat kat umah lagi best, tapi kita kena KUAT!!, bisik balik pelan² kat syaitoonnn huduh perangai tu, aku nak gi kerja baik-baik arini, nak cari rezeki yang berkat..ko tu pergi tido toksah bangun-bangun...daaaa...tutup pintu dan kunci gi kerja...
Kita sepatutnya begini bila celik mata pagi senin...Jom keja baik-baik.
Kita sepatutnya begini bila celik mata pagi senin...Jom keja baik-baik.
Monday, 18 February 2013
Kain Basahan Moden
Alhamdulillah...akhirnya siap juga prototaip kain basahan moden saya ni. Kain basahan moden ini selesa dipakai, tidak mudah terbuka dan boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Kain basahan ni boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan, dibuat dari cotton yang selesa dipakai dan mudah kering bila digantung.
Kain basahan moden ini, boleh menyerikan bilik air cantik dirumah tuan/puan, kerana ianya boleh digantung pada hanger selepas dipakai. Corak fabrik yang menarik dan cantik. Mudah dilaras mengikut saiz badan pengguna dan tidak mudah terbuka ikatan ketika kita mandi.
Islam itu indah, kita dituntut untuk menggunakan kain basahan ketika mandi, lebih sopan dan beradap. Saya ada baca dalam artikel, jin dan syitan suka tengok orang mandi tanpa pakaian dan sebab itu mudah kena gangguan mahluk halus.
Ianya juga amat sesuai untuk dibawa untuk mengerjakan umrah, tak la segan kat kawan, kain basan comei nak gantung dalam bilik mandi tu kan...
Jika berminat boleh hubungi saya di yumnayumnicollection@gmail.com . Saya jual dengan harga promosi RM 25.00 sehelai.
Monday, 4 February 2013
Selamat datang 2013, Tahun yang memberi keuntungan Dunia dan Akhirat, Insya Alllah.
Dah lama tak update blog, lah ni dah pun Februari 2013. Ape perancangan business saya tahun ni? Saya dah ada stok kain cotton, cadang nak buat kain basahan moden dengan seluar cotton kanak-kanak. Camana rupe? Nanti saya upload bila dah siap..dah buat prototaip sebelum ni, bila orang nak beli saya jual jer...he..he..nanti buat lain. Ya Allah beri aku kelapangan masa untuk menjahit dan menyiapkan semua tempahan pelanggan....Allah Humma Rabbi Yasir Wala tuassir, Robbi Tammim birhoir..
Subscribe to:
Posts (Atom)