Monday, 8 August 2016

Uncang kecil untuk cenderahati

Seronok pula menjahit uncang kecil untuk doorgift kenduri ni, uncang kain boleh guna pakai semula dan boleh simpan lama. Tak la rasa hasil kraf kita tak dihargai, contoh cerita, bunga telor cantik dan mahal, masa dapat kita akan teruja dan belek2 kata cantiknya..cantiknya , lepas tu simpan la sebulan kat rumah tu, bila kemas2 akhirnya ke tong sampah juga, sedih! Penat tau orang yang gubah bunga tu buat, tidur sampai lewat malam nak siapkan satu2 bunga telur tu.




Ada juga nak buat cenderahati majlis perpisahan, walaupun kecil molek, uncang boleh diguna pakai semula untuk isi handfon dan power bank, isi alat make up, isi suppliment masa travel ataupun buat uncang duit.



Jika ada yang berminat nak tempah boleh hubungi saya di 013-2522852 atau boleh ke IG saya @uncang_ali.

Tempoh tempahan bergantung kepada kuantiti tempahan. Semua boleh bincang dolu ya, ha ha...

Wednesday, 2 March 2016

Beg uncang dan projek jualan amal.

Saya rasa teman-teman di luar sana pun pernah mengalami situasi yang sama seperti saya,berfikir dan berfikir untuk buat jualan amal, tapi nak jual apa yer? Idea datang mencurah2, bila disenarai pendek banyak kekangan yang tak dapat nak dilaksanakan, akhirnya Allah bagi ilham yang sangat baik dan sikit sahaja kekangan nak diharungi. Alhamdulillah saya buat beg uncang dengan cetakan kata2 pesanan yang baik, kata2 motivasi dan ucapan.

Hari2 mengadap mesin jahit kesayangan tu, dapat ilham untuk buat jualan dan memberi sebahagian dari keuntungan kepada insan2 yang memerluan bantuan. Saya ambil sebahagian beg yang dah siap dan cetak. Beg uncang bukan sekadar cenderahati kenduri, majlis farewell atau reunion. Banyak manfaat dunia akhirat dengan beg uncang ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.


multipurpose drawstring
Saiz beg 7' x 9'
 Kepada yang berminat untuk memborong untuk buat jualan amal, saya boleh berikan kepada anda dengan harga terbaik. Hubungi saya di talian 013-2522852
Pesan Bonda
 
Beg kosong murah
 
Untuk tempahan beg uncang kosong untuk cenderahati perkahwinan, majlis aqiqah dan cukur jambul, cenderahati hari guru, boleh hubungi saya, tempahan dengan deposit 50%.

Wednesday, 10 February 2016

Beg Uncang Warna Warni Kehidupan

Ali Aisar semakin membesar dengan cergas dan cerdas, bila dia tidur, saya dah ada masa untuk hobi saya, Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tak terhitung, mood menjahit pun semakin menebal. Ha ha, saya rasa u all - u all kat luar sana yang berhobi menjahit carca merba macam saya ni mesti ada  masa mood kelaut, ada masa mood ke bulan dan adakala mood sejuk beku sampai mesin jahit pun tumbuh habuk berinchi-inchi, kan. Tapi ada masa tetiba ada ilham Allah bagi nak jahit something, dan tu juga intai-intai stok kain, draw pattern dan jahit.
 
beg uncang, beg bunjut, beg jerut
Couple set drawstring bag 7'x9'

Beg uncang dari fabric Pure English cotton, akan menghasilkan beg uncang yang cantik, kemas dan exclusif. Sangat cantik untuk cenderahati harijadi, untuk hadiah pada hari guru, farewell, Gathering.
Kepada yang mencari produk untuk buat jualan amal, untuk cari dana bantu anak yatim ke, bantu rumah tahfiz ke, apa2 untuk kebajikan dunia akhirat saya boleh bagi harga borong istimewa.

Beg uncang RM 15 7' x 9'

Beg uncang RM 15 7' x 9'

Beg uncang RM 15 7' x 9'

Beg uncang RM 15 7' x 9'

Beg uncang RM 15 7' x 9'

Beg uncang RM 15 7' x 9'


 

Wednesday, 25 November 2015

Jatuh cinta dengan vitamin c amway - Bio C plus

Dah lama nak cuba Bio C plus, tapi sebelum ni, yang saya tunggu orang datang kempen direct kat saya tentang vit C Amway, atau ada iklan yang boleh saya hubungi wakil jualan. Sedihnya tak ada. Ada la iklan di FB tapi pun cap lain-lain, tak terbuka hati nak mencuba. He he, ada juga kawan-kawan bagitau ambil la vit c amway bagus, tapi tak bagi jalan pun nak pi beli kat mana, pi beli dari sapa... Memang teringin sangat nak beli, saya pun google la sendiri untuk jadi member, tapi bila nak register, syarat utama mesti ada penaja, ish2 nak boh sapa la nih.. last saya cancel.. tak jadi beli la lagi.
1 hari saya sembang2 ngan kawan, pasal smart iron superb, dia dok cerita la kepuasan hati memiliki sebiji iron ni, hati saya berbunga-bunga la nak beli 1, mana taknyer dia dok cerita iron ni tak perlu laras, smart iron kan, gosok material cotton pun licin macam baju kat supermarket, kalu baju-baju sutera tak perlu la nak sembur air, tak perlu guna iron aid, tak payah amik petua simpan peti sejuk tu. letak atas iron board terus gosok, mesti licin. Rupanya iron ni hanya Amway sahaja yang authorize company yang menjual smart iron ni, maka seronok la saya nanti dah beli iron boleh la beli vitamin c yang saya cari2 nih.
Saya pun pi la beli sebijik,. ni la rupa paras iron tu. Harga pasaran RM 1482.90, tapi saya beli dengan harga Ahli dan pakej menjadi ahli hanya RM 1289.90 sahaja. Berbaloi baloi kan.
 
Iron ni dari brand Philips, tapi Amway pattern untuk dia sahaja pengedar tunggal untuk design dan siri ini. So tak ada jual di hypermarket atau di kedai barangan letrik, kalau ada pun design dan ciri iron mesti sedikit berbeza. Memang la harganya mencecah 4 angka, tapi tahap kepuasan hati menggunakannya saya boleh letak 10/10 tau. Tengok gambar kat bawah, saya letak atas iron board tu tak hangus pun kain, 7 minit tak gerakkan iron tu, secara automatic letrik diputuskan, selamatkan untuk ibuk2 yang tengah menggosok pastu ngan selamba pi jawab telefon then lupa yang tinggalkan iron mcm tu ajer, ha ha...jangan la buat selalu, membazir elektrik la kakak.

Alamak, jauh dah nak cerita pasai vitamin c, gi sembang lebat pasai smart iron pulok, keh keh.. Ok dari cerita membeli iron tu, saya dapat join membership amway hanya Rm 55.9 sahaja tau. Asalnya untuk join membership kita kena bayar 95.40 tau, tapi dengan belian 100 ringgit akan dapat kurang rm 10, maksimum sehingga rm 400 belian pertama, so saya dapat rebet rm 40. Rupanya Amway sekarang sangat mudah untuk kita beli segala produk yang mereka jual, tanpa perlu menunggu stokis yang belikan atau beratur panjang di kaunter untuk membeli produknya.
Semua hanya dihujung jari la kawan, masa kita register tu dah siap - siap ada register emel, setting username dan password. Sekali dah jadi member, semua pun boleh beli sendiri. Senangkan, nak termenung ke, nak belek2 katalog semua boleh dalam talian, dah siap bayar tunggu ajer la currier hantar sampai ke depan pintu.
Belian atas Rm 400.00 free delivery, bawah RM 400, bayar rm 10 kos penghantaran, berbaloi-baloi la dari kita menghadap traffic jam, kena bayar tol lagi, penat lagi..kih..kih... so dah jimat masa untuk buat perkara lain.
No ABO diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli amway. Tanpa penaja ABO anda tidak boleh register untuk membership. Saya boleh membantu anda degan menghubungi 013-2522852.
Ok, balik ke cerita vitamin C tu, saya dapat la membelinya sendiri, setelah menjadi Ahli Amway. Senang hati saya, tanpa perlu memikirkan mana nak beli jika vitamin saya ni habis, tak payah naik turun kereta untuk sampai ke kedai, tunggu depan rumah jer, pesan hari ini, esok sampai, kalau tinggal sekitar lembah klang, buat belian sebelum jam 8 pagi, dijamin sampai hari yang sama.
Panjang berjela dah, esok saya sambung kebaikan dan hasil yang saya rasai sepanjang mengamalkan vitamin C, nutrilite amway ini dan kisah lain bersama amway.
 
 

Wednesday, 27 May 2015

Aloevera Gel khasiatnya semakin dipercayai.

Alhamdulillah, syukur dengan rezekiMu, Sejak awal tahun 2015 permintaan Aloevera Gel Forever Living ini semakin mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Putrajaya, Bangi dan sekitar taman-taman di Equin Park.



Aloevera Forever Living berada dipasaran sejak tahun 1978 dan terus berkembang keserata dunia,  kekal dipasaran dan terus dipercayai kebaikanya.
Kepada yang berminat untuk mencuba kebaikan Aloevera Gel ini boleh hubungi saya, 013-2522852 Call/SmS atau WhatApps.

Friday, 27 March 2015

Murabbi Ummah, perjalanan hidupmu sangat terkesan dihati ini.. Salinan dari Dalam sinar 27 Mac 2015

Supaya tak hilang, saya copy and paste disini...

Perjuangan hidupnya demi Allah dan Rasul.

PEMERGIAN Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis, 12 Februari (23 Rabiulakhir 1436 Hijrah) ibarat seperti kapal ketiadaan nakhoda hanyut dibawa arus lautan. Kehilangannya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang saat ini memerlukan ulama sepertinya untuk memimpin kehidupan mereka. 

Ramai menangisi pemergiannya. Bukan sahaja umat Islam di Malaysia, bahkan seluruh dunia Islam mengenali Tok Guru dan kepimpinannya.

Kolum wawancara Majalah I bulan ini mengupas mengenai kehidupan Allahyarham secara dekat. Penulis berkesempatan menemui anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang membesar bersama Allahyarham.

Ceritakan pengalaman ustaz bersama Allahyarham?

Saya adalah anak saudara kepada Allahyarham kerana adik kepada Tok Guru adalah mak saya iaitu Nik Khadijah Nik Mat. Allahyarham memiliki lima adik-beradik bermula dengan Nik Zainab, Nik Abdul Aziz, Nik Khadijah, Nik Azizah dan terakhir Nik Rozi. Jadi mak saya adalah anak ketiga selepas Allahyarham.

Setelah kematian ayah ketika saya berusia 8 tahun, Allahyarham meminta supaya saya tinggal di rumahnya dan belajar di Maahad Darul Anuar (Mada), Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Waktu itu saya berusia 11 tahun.

Di Pulau Melaka, saya tinggal di rumahnya. Pada masa itu ada dua anak saudara tinggal bersama Allahyarham. Satu daripadanya saya dan seorang lagi sepupu iaitu Nik Zabidah.

Rapatnya saya dengan Allahyarham, apabila ke mana-mana sahaja beliau pergi berceramah, saya akan ikut walaupun di luar negeri kecuali Allahyarham tidak benarkan saya pergi jika esok paginya ada kelas kerana beliau risau pembelajaran saya terabai.

Setiap Jumaat wajib pada saya dan anak-anaknya pergi ke dewan zon untuk belajar. Pada malam Khamis, kami belajar Kitab Muizzah, manakala malam Jumaat, belajar Kitab Sirah bersamanya.

Kadang kala ada ketikanya curi-curi pergi ke tempat kuliah Tok Guru walaupun Allahyarham tidak benarkan saya pergi. Pada hari minggu pula, saya menemani isterinya ke pasar untuk membawa barang yang dibeli. Allahyarham hanya menungg di dalam kereta. Ini kerana jika beliau yang pergi ke pasar, beliau akan peroleh banyak barang percuma.

Semua itu berlaku sebelum kemenangan beliau dalam tahun 1987-88. Selepas beliau menang pilihan raya, Allahyarham banyak terikat dengan protokol. Dari situ saya sukar mengikuti beliau.

Walau bagaimana ketat sekalipun kawalan keselamatan, saya masih sempat mengikutinya ke kuliah sehinggalah menyambung pelajaran saya di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa Kelantan.

Apabila saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan syariah dan undang-undang, Allahyarham masih menghubungi saya dan meminta supaya saya dapatkan biasiswa dari negeri Kelantan walaupun saya anak jati Pahang. Allahyarham banyak
menolong dan memberikan bantuan kepada saya.

Allahyarham anggap saya seperti anaknya. Apabila saya balik kampung, beliau sentiasa menghantar saya ke stesen bas dan bila saya sampai ke Kelantan, beliau ambil saya di stesen bas. 

 Apa pandangan Ustaz mengenai Allahyarham sebagai ayah, tenaga pengajar, penceramah, suami, dan pemimpin masyarakat?

Saya melihat cara hidupnya betul-betul mengikut sunnah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hubungannya dengan ibu beliau, Aminah Majid. Setiap kali balik daripada menyampaikan kuliah atau ceramah, Allahyarham akan melihat ibunya terlebih dahulu. Dan bila lihat ibunya tidur dan berada dalam keadaan sihat, barulah Allahyarham berjumpa dengan orang lain. Ibunya memang tinggal dengan beliau.

Pernah sekali selepas Allahyarham menang pilihan raya dan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, ibunya tidak mahu tinggal di rumahnya lagi.

Dia mengemas barang dan beliau bertanya kepada ibunya: "Buat pa mek mengemas barang." Ibunya menjawab: "Mek mahu duk Pahang, balik kampung." Nik Aziz bertanya kembali: "Kenapa?." Ibunya menjawab: "Zid dah jadi Menteri Besar, Zid akan duduk di rumah Menteri Besar".

Selepas sahaja Allahyarham mendengar jawapan daripada ibunya itu, beliau terus menitiskan air mata dan memberitahu kepada ibunya, beliau tidak akan mendiami rumah Menteri Besar, beliau akan tinggal di rumah ini seperti biasa. Mendengar jawapan daripada Allahyarham, ibunya tidak jadi pindah dan terus menginap bersamanya. Kejadian itu pada 1990. Mek Allahyarham adalah antara orang yang rajin membaca al-Quran dan dia khatam al-Quran tiga hari sekali di penghujung usianya.

Saya lihat betapa Allahyarham betul-betul menjaga sunnah Rasulullah SAW seperti tahajud malam.

Saya masih ingat lagi setiap jam 4 pagi, Allahyarham akan bangun dan bawa termosnya lalu pergi ke bilik air untuk mandi. Balik macam mana lewat sekalipun, Allahyarham pasti menjaga solat tahajudnya itu.

Allahyarham ada berkata: "Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah daripada ALLAH. ALLAH kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita supaya bangun beribadah kepada ALLAH. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada ALLAH. Kemudian tidurlah.

"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Satu lagi adalah sifat dermawan yang ada padanya. Masuk satu Ramadan sahaja sejak saya kecil lagi sampai penghujung akhir hayatnya, ramai yang meminta derma kepadanya.

Dan tidak ada orang yang minta derma kepadanya pulang dengan tangan kosong. Pasti Allahyarham akan menderma walau tidak banyak jumlahnya.

 Apa kenangan manis yang Ustaz tidak lupakan sepanjang bersama Allahyarham?

Kenangan saya bersama dengan Allahyarham ada banyak dan yang masih segar dalam ingatan adalah ketika bermusafir dengannya dari Pahang ke Kelantan, kenangan ketika pergi ke setiap kuliah dan ceramahnya dan banyak lagi.

Apa yang paling seronok dalam hidup saya apabila dapat duduk bersama dengannya dalam kenderaan.

Saya melihat Allahyarham adalah seorang yang sangat rendah diri (humble), tidak banyak bercakap dalam kenderaan, duduk dengan zikir dan membaca al-Quran. Adakalanya dia mendengar kuliah daripada ceramahnya dan beliau pasangkannya dalam kereta.

Perjalanan dari Kelantan ke Pahang jauh, kami akan berhenti di mana sahaja kedai makan tanpa memilih kedai. Kedai tepi jalan pun Allahyarham tidak ada masalah untuk menjadi pelanggan di kedai berkenaan.

* Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai murabbi ummah ini, dapatkan Majalah I edisi 150 keluaran April 2015 di tempat anda!

Tuesday, 24 March 2015

2015, Mac pun dah pengujung... Begitu cepat masa berlalu.

Alhamdulillah, masih  diberi usia untuk terus bernafas... Tahun ni nak jual apa? Tahun lepas sampai hari ini masih menjual Aloevera dan saya mengamalkan minum aloevera untuk terus menikmati kesegaran dan kesihatan yang maksimum. Syukur Allah mengizinkan kesihatan itu.

Muhammad Ali Aisar dah berusia 6 bulan, semakin cergas dan cerdas. Nampaknya tak dapat la nak bentang kain kat lantai buat masa ni, belum buat kira-kira dia dah duduk atas kain. Puas memikirkan apa yang boleh saya jahit tanpa perlu bentang kain atas lantai, Allah beri ilham dalam doa saya, syukur padamu ya Allah, buat tote beg dari kain belacu, orang puteh panggil Calico Tote Bag, mudah dan cepat siap, ha ha... saya nak buat macam ni...

 
Tapi saya tak buat consultation untuk design and printing, belum termampu dengan kekangan masa, hanya jahit beg sahaja. Boleh tempah mengikut kuantiti Dozen untuk harga yang lebih murah. Saya mengunakan tali beg nylon readymade, yang mana terdapat pelbagai warna dan boleh disesuaikan dengan tema printing anda. Macam ni:
 
 
Harga dan saiz akan saya pos pada entri seterusnya...